Diri. |
Target |
Rabu, 7 September 2016
Terus terang
Mungkin sudah tiba waktunya,
Kita jujur dan berterus terang dengan DIA.
Memberitahu dengan jelas dan terang.
Memohon dengan ikhlas dan jujur. Meminta Allah bantu, Memadamkan nama yang sudah terlalu lama ada. Memohon Allah membantu melepaskan rasa yang sudah terlalu lama dibawa.
Pohon dengan air mata,
Yang penuh harap. Agar Allah sudi, Meringankan segala beban, Baik dalam hati, atau yang tergalas dibahu. Mohon Allah ampunkan. Mohon Allah bantu, Kita untuk melupakan.
Memberitahu Allah,
Bahawa kita sudah ikhlas mahu melepaskan, Dan bahawa kali ini, kita mahu mohon sungguh-sungguh, Semoga Allah mempermudahkan. Mungkin, Sudah tiba masanya, Kita berterus terang. 5:47 PTG
|
Tagbox Follower |